PUTUS = MATI

Ada seorang budak yang aku jaga tadi.. call sampai 2 JAM LEBIH ok.. Aku tak tahu 'troubleshooting' apa yang dia buat dengan customer sampai lama macam tu sekali. Nasib baik ending dia tak salah aku customer dapat connection akhirnya... Syabas bette..

Ada satu part yang aku tak boleh blah tu, dimana dia terangkan pada customer macam mana nak buat direct connection (konon-konon ingat dapat lepaskan diri la tu). Pada sesiapa yang tak tahu apa itu direct connection, saya dengan murah hati dan rendah diri ingin menjelaskan disini ye.. :)

Direct connection pada istilah Streamyx troubleshooting adalah sambungan terus dari wall socket atau talian utama telefon yang masuk ke rumah TERUS kepada modem tanpa menggunakan splitter ( kotak kecil yang membahagikan antara talian telefon dan juga talian internet). Sambungan itu perlulah dilakukan dengan meggunakan wayar telefon atau nama canggihnya RJ11 ye anak-anak.. :D

Nak dijadikan cerita lebih menarik, customer call menggunakan talian tetap TM a.k.a telefon rumah. Maka sekiranya customer itu membuat direct connection semasa panggilan itu sedang berlangsung, akan terputuslah panggilan tersebut..

Dialog :
" Cik, kalau cik buat sekarang.. nanti panggilan ni akan terputus"
"Apa?"
" Tak, kalau cik buat sekarang direct connection tu, panggilan ni akan putus"
" Putus?"
" Ye putus.. hmmm.. panggilan ni akan disconnect.."
"????"
" ....... panggilan ni akan MATI " sambil membuat gaya tali terputus.. (wakakaka :D)
"??????????"
" ......" sambil mengaru kepala..

Ahahaha.. pastu aku tak dengar sangat sebab aku agak sibuk.. Tapi yang pasti, kemudiannya dia bertanya pada aku dan alangkah terkejutnya aku kerana dia masih bersama customer tadi... Abeslah kau dik, kpi memang ke laut la bulan ni..

Nanti aku akan cuba dengar kembali call itu dan membuat komen.. ekekeke... Dan aku bakal merisik situasi baru di Critical department untuk di post di blog sini.. seronok kadang-kadang dengan ragam customer dan CSR ni.. Ok kawan-kawan.. jumpa di lain post ye.. Papai.. :)




H.E.L.M.E.T.

Penat aku meng'iron' rambutku tidak berbaloi.. Apabila si nok Sha mengomen rambutku dengan keji sekali. Memula tegur aku dengan ramahnya.. "Wow..ajja ada fringe baru.. "

Sewaku petang..sedang sedang aku bersantai di CC Vads, si Comel memberitahu ku perkembangan terkini dimana aku dianggap membawa motorsikal ye kawan-kawan.. kerana rambutku yang berlengkok di bahagian tengah menyerupai bekas helmet. HUH!! Sentap makcik..

Aku dikatakan tidak menpunyai duit yang cukup untuk buat Rebonding katanye.. Memang pun.. Kalau ikut hati memang boleh jer, tapi aku kena abaikan komitmen aku sekejap..Memang tidaklah..

Tapi jangan risau nok.. aku tak kisah apa orang nak cakap.. lagipun aku tahu mulut kau memang puaka.. haha :D Jangan sentap ok. Aku suka kau tak hipokrit.. Tapi jangan terlalu jujur sangat, takut ada yang jauh hati nanti.

For those that think they best from other, make sure you think it again.. Huh.. Nobody perfect ok. And dont think that with your closed minded like that will make you go far.. 

Silap-silap kena belasah sampai mamp.. Tapi yang pasti mesej ini bukan untuk kau ye SHA.. Jangan perasanok  Tapi ada 'kawan jelmaan' kepunyaan si polan ni. Ingat kau tu kasanova sangat? Baik sangat yang nak label orang sesuka hati?? Dah tak pasal-pasal tekanan si polan ni. Huh.. sakit hati tak abes lagi dengan England punye game tadi dah ada hal lain plak. =Z

Canai

Giler penat aku rasa harini.. Berjalan dari siang sampai malam. Ini pun kugagahi jua untuk menulis lembaran kali ini. Wow.. jiwang disitu ye.. :D

Aku hantar Fyz pergi exam dia pastu pergi ambil beg yang aku order online kat Pejabat Pos. Sangat puji serahan tingkap Pos Shah Alam, mesra alam.. good customer service.. itu yang kita cari. Tidak lokek dengan senyuman. Hmm..hati pun sejuk je..

Lepas tu balik Klang sekejap untuk bagi mak duit & tukar baju sekali..Sangat tidak selesa dengan baju petak tuh.. baju tuh dah kecik, bukan..bukan aku yang makin membesar ye.. hehehe :D Lepas tu lepak tasik jap sementara tunggu Fyz keluar exam. Best gak layan angin sepoi-sepoi bersama orang tersayang.. ewahh.. Agak tertarik dengan ayat Fyz, " Orang sibuk bertarung, korang  boleh berchenta pulak"

Lepak PakLi jap.. mengidam roti bakar & Ipoh White Coffee.. Kemudian gerak ke I-City..yang dah lama aku teringin nak pergi tu, akhirnya tercapai malam tadi. Best gakla, mungkin akan bawa family aku ke sana. Korang pun aku galakkan. Tengah tunggu Fyz & Urie upload gambar nanti.. Huhu..

Setelah puas bergambar dan penat berjalan, kami mengambil keputusan untuk menonton bola. Pergilah satu tempat makan di Subang Jaya yang bernama Canai Cafe. Situ memang customer service macam hampehh.  Dahla berkurun nak tunggu megi goreng dia, takde rasa laktu. Dahla agak kecewa dengan permainan Sepanyol...

Lagi kecewa apabila tiba di kereta.. dah ada corak baru kat bonet depan.. sakit je hati aku.. dahla baru basuh kereta, senang-senang je si Gagak tu buat freestyle art dia.. Balik rumah tadi tak pasal-pasal di cop 'buang tebiat' oleh mak aku kerana disangka sibuk nak basuh kereta tengah-tengah malam & waktu hujan. Hmm.. nasib..nasib..

STAFF..

Bila disebut S.T.A.F.. Apakah yang terbayang di fikiran anda?? Adakah individu yang bergelar S.T.A.F ini mendapat hak yang amat istimewa?? Sehingga boleh memperlekehkan undang-undang dan prosedur yang telah termaktub?

Aku telah menerima satu kes dimana STAF ini tidak mahu memberi kerjasama dan memahami prosedur yang beliau sendiri sudah akur dengannya... 

Apakah yang dimaksudkan dengan STREAMYX? Apakah yang dimaksudkan dangan CALL CENTRE?  Dan apakah pula perkhidmatan yang ditawarkan? Dan apakah kaitan semua ini dengan TM dan CEO TM?

Mesti anda pening kan? Tanpa mengetahui punca masalah ini.. Biar saya jelaskan.. 

Ada satu situasi dimana STAF TM telah menghubungi 100 dan meminta masalahnya diselesaikan secepat mungkin. Beliau sendiri sedar bahawa STREAMYX telah berjaya dihubungkan ke rumahnya dan mendapat sambungan yang baik sekiranya menggunakan wayar kabel rangkaian (network cable). Cuma kini yang menjadi masalah adalah ALAT TANPA WAYAR (wireless device) beliau (yang sangat jelas bukan kepunyaan TM) tidak dapat berfungsi KERANA KATANYA tetapan ( configuration) untuk alat itu telah terjejas akibat kecuaian sendiri. 

Beliau sendiri telah menjelaskan dengan terperinci masalah itu dan secara logiknya menngikut akal fikiran manusia yang waras, adakah itu menjadi tanggungjawab TM untuk memperbaiki nya?? 

Kata beliau ini kerana semasa awal pemasangan dulu, juruteknik (technician) itu telah menolongnya membuat tetapan itu. Dan beliau mengaitkan pula sekiranya CEO TM meminta seperti apa yang dipintanya, sesungguhnya agen atau CSR Call Centre ini akan melakukannya tanpa ragu-ragu dan alasan. 

Budaya orang kita. Masih ada jurang antara pekerja tetap dan juga kontrak mahupun "Leasing Staff". Masih ada perbedaan antara pangkat dan juga darjat. Inikah semangat Satu Malaysia?? Malas nak komen panjang-panjang, nanti kena BANNED lak aku ni.. 

Sekadar mahu berkongsi pengalaman pahit manis bekerja di Call Centre & juga menyuarakan pandangan... Tiada niat untuk mengaibkan sesiapa mahupun memecahbelahkan apa-apa.. Saya sokong Satu Malaysia.. Bukan saja lekat sticker di cermin kereta ok tapi dihati juga.. XD

Penangan FIFA WORLD CUP 2010

Giler aura World Cup kali nih.. Aku yang tak meminati permainan bola ni pon boleh terpanggil untuk mengikuti world cup kali ni.. huhuhu~

Sampai aku PRINT la jadual perlawanan tuh.. hehe :D Menyalahgunakan harta syarikat. Ampun!!  Tapi harapan ku berkecai malam ni apabila RTM yang aku harapkan akan menyiarkan siaran langsung untuk perlawanan Italy vs Paraguay telah diganti dengan rancangan "Pak Pong".. Tak paham aku.. 

Bak kata teman rapatku.. ada peluang untuk naikkan rating penonton tapi 'dia' buat macam nak tak nak pulak. Bukan semua orang dalam Malaysia ni kaya untuk ada Astro. Lagipun kata nak kurangkan gejala sosial tapi kalau dah terpaksa tengok kat mamak & kedai-kedai kat luar..bukankah itu mendorong kepada gejala yang kurang baik?

Malam esok Brazil vs Korea Utara.. mesti tengok ni.. Mungkin aku akan melepak di mamak untuk menyaksikan perlawanan ni selepas habis kerja. Tak mau kecewa untuk kali kedua..

Hurmm.. korang semua ada pendapat masing-masing kan.. Tepuk dada tanya selera.. 



Return..

Lama dah tak update blog nie.. Sejak akhir-akhir ni agak sibuk sedikit. Bukan sibuk sesangatlah..cuma penat, dah lama tak kerja pagi dan berpanjangan untuk lima hari. Lagi pulak dah kena berjalan-jalan, bukan macam dulu, duduk dan menadah telinga je.

Aku cuti untuk 2 hari, weekend.. Hmm..semalam balik Ipoh untuk hadiri majlis perkahwinan sepupu aku.. Ehh..bukan.. anak buah.. Ayu & Nora.. Selamat Pengantin Baru.. Harap bahagia hingga ke hujung nyawa.. Aku yang makcik dia ni tak kawen-kawen lagi.. Korang sekali dua terus kawen.. HuHu~

Harini.. emm.. maksud aku AHAD. Aku lebih banyak tidur dan terperap dalam bilik.. Tidak online.. tapi leka menghabiskan anime "Strawberry Panic". Sangat suka dialog dia walaupun itu sebenarnya anime les.. hee :D

"We need each other, to help us to survive and to make we perfect "

Ape lagi aku nak post dalam ni ye.. tadi ada idea.. ni dah hilang pulak.. Takpela, mungkin esok baru aku post yang lain. Terima kasih aku ucapkan pada sesiapa yang sudi baca blog ni. Aku akan cuba untuk update sekerap mungkin.