Canai

Giler penat aku rasa harini.. Berjalan dari siang sampai malam. Ini pun kugagahi jua untuk menulis lembaran kali ini. Wow.. jiwang disitu ye.. :D

Aku hantar Fyz pergi exam dia pastu pergi ambil beg yang aku order online kat Pejabat Pos. Sangat puji serahan tingkap Pos Shah Alam, mesra alam.. good customer service.. itu yang kita cari. Tidak lokek dengan senyuman. Hmm..hati pun sejuk je..

Lepas tu balik Klang sekejap untuk bagi mak duit & tukar baju sekali..Sangat tidak selesa dengan baju petak tuh.. baju tuh dah kecik, bukan..bukan aku yang makin membesar ye.. hehehe :D Lepas tu lepak tasik jap sementara tunggu Fyz keluar exam. Best gak layan angin sepoi-sepoi bersama orang tersayang.. ewahh.. Agak tertarik dengan ayat Fyz, " Orang sibuk bertarung, korang  boleh berchenta pulak"

Lepak PakLi jap.. mengidam roti bakar & Ipoh White Coffee.. Kemudian gerak ke I-City..yang dah lama aku teringin nak pergi tu, akhirnya tercapai malam tadi. Best gakla, mungkin akan bawa family aku ke sana. Korang pun aku galakkan. Tengah tunggu Fyz & Urie upload gambar nanti.. Huhu..

Setelah puas bergambar dan penat berjalan, kami mengambil keputusan untuk menonton bola. Pergilah satu tempat makan di Subang Jaya yang bernama Canai Cafe. Situ memang customer service macam hampehh.  Dahla berkurun nak tunggu megi goreng dia, takde rasa laktu. Dahla agak kecewa dengan permainan Sepanyol...

Lagi kecewa apabila tiba di kereta.. dah ada corak baru kat bonet depan.. sakit je hati aku.. dahla baru basuh kereta, senang-senang je si Gagak tu buat freestyle art dia.. Balik rumah tadi tak pasal-pasal di cop 'buang tebiat' oleh mak aku kerana disangka sibuk nak basuh kereta tengah-tengah malam & waktu hujan. Hmm.. nasib..nasib..

No comments: