Bila amarah menguasai minda...

Al-kisahnya seorang customer aku semalam.. 
Cust : I want to know the password
Aku : I have to do 3 security check with you first Miss before I can give the password
Cust : Ok
Aku : The account holder name?
Cust : LOH KOK P**
Aku : IC number for account holder
Cust : This is my father account, how do I know the IC number. I bet you also dont remember your father's IC right? What ridiculous thing la you all do.. I have to wait 30mins before get to you and right now you ask my father's IC number just because I want to know the password? You ask your technician la why he change my modem when I'm not at home? Its not my modem problem lah..
Aku : Miss.. I cant reveal the password to you if the security check not complete. Like this,why dont you call your father first to ask the IC number.. I'll wait for you Miss..
Cust : How I can call my father if him at the same house with me? 
Aku : (WTF) Miss..... If like that, why dont you walk to your father and ask the IC num?
Cust : You wait ar.. you wait!

Aduyai... dahla menengking-nengking cakap dengan aku. Boleh dia tanya camne nak call bapak dia if duduk satu rumah?  Manusia... manusia.. Terlalu lemah membiarkan amarah menguasai diri...

Panjang lagi sebenarnye dialog aku dengan customer ini.. Tapi biarlah aku saje yang tahu kenyataannye.. Apa yang aku boleh katakan.. Jangan biarkan AMARAH korang menguasai MINDA hingga menyebabkan korang nampak BANGANG..

Macam customer ini, padahal lepas dia suruh aku tunggu tu, dia cuma perlu bukak pintu dan bertanya pada bapak dia. Bukan perlu daki gunung ke, redah lautan api ke, kena maki dulu ke.. So, kenapa perlu meninggi suara pada aku yang hanya menjalankan tugas ni?? Bukankah dia yang meminta pertolongan dari aku?

Dunia... dunia..

Happy Mother's Day...

Ucapan itu khas untuk semua kaum IBU di dunia nih..especially to my beloved mum..

Dan aku sangat seronok harini sebab celebrate Hari Ibu dengan RADIAH ISHAK aka CEBU THE VOGUE.. heheh.  
Mesti korang pelik kan kenape aku celebrate dengan kawan aku and not my own mother?? Sebab aku dah celebrate awal-awal lagi dengan mak aku.. Kan mak kan??

Lama dah aku tak berjalan-jalan dengan kawan perempuan ke shopping complex sambil window shopping. Tapi itulah..harapan nak "window" je.. Melayang gak duit aku kat MOMOE tadi.. Tapi memang aku nak beli kasut pun.

Beli kek kat Secret Recipe, makan kat Pizza Hut...dengan anak Cebu yang agak kuat makan. Suap je la apa pun kat dia, mesti dia nganga.. hehe.. kawaii!!

Yang bestnya makan kek kat Taman Pe Ntah kat Seremban sambil tengok taichi.. heheh :) And.... sangat terharu dengan "Porme"..aka husband Cebu. Sangat-sangat sabar, caring, loving... Kitorang makan, dia yang jaga Harraz (anak dia). Tapi bila dia makan.. still dia gak yang jaga Harraz.. heheh :P

Hopefully family Cebu berkekalan bahagia sampai bila-bila... Amin... 

Are you stupid officer?

Permulaan call dah dipanggil bodoh.. Itulah cabaran bekerja sebagai Technical Service Executive. Lebih-lebih lagi pada mereka yang seangkatan dengan aku..di Advanced Tactical Team (ATT) atau dulunya lebih dikenali dengan nama CRITICAL TEAM. (department untuk irate customer)

Teringat masa training dulu.. kata-kata Trainer aku, "nanti bila you all dah hit floor (jawab real call), baru la korang akan nampak betapa tiada budi bahasanya rakyat Malaysia"

Aku tidaklah menuding jari pada customer semata-mata, ada jugak kes yang berpunca dari CSR/TSE macam kitorang ni.. Tapi boleh dikira dengan jari...nak dibandingkan dengan jumlah customer yang begitu "SOPAN" bahasanya... Hmmm... 

Aku tertanya-tanya.. Kenapa perlu menjerit? Kenapa perlu mencarut dan memaki hamun? Adakah dengan cara sedemikian akan menyelesaikan masalah?? Tiada satu hari pun dimana halwa pendengaran aku ni tidak dicemari kata-kata nista ataupun herdikan dari pelanggan semenjak aku ditugaskan di ATT Team ini.

"Malaysia memang tak boleh".. Iye, memang tak akan boleh sekiranya ada lagi orang-orang yang beranggapan seperti itu. Meminta pertolongan dengan cara mengugut dan memaki hamun. Egonya orang seperti ini..

 Ucapan "terima kasih" dah begitu jarang untuk aku dengari.. Adakah terlalu payah untuk ucapan itu diungkapkan?? Adakah sekiranya anda membayar untuk perkhidmatan itu, jadi anda tidak perlu berterima kasih di atas perkhidmatannya? Duit telah membeli segalanya??!