MENTOR

Yeah!! Akhirnye aku berjaya untuk tidak menjawab call..  Hehehe..  Pada sesiapa yang bukan bekerja di call centre.. aku bukan masuk MENTOR musim ke 4 tuh ye.. Aku jadi mentor untuk budak-budak baru... Macam trainer tapi kitorang ajar dorang the real situation. Be there on floor when they need our help! And guide them the right and the best solution for each problem that they hesitate or cant solve it.

Niat aku bukan semata-mata untuk tidak menjawab call  sahaja ye kawan-kawan.. Tapi untuk menolong budak-budak baru ni tambahan ilmu dan tips menjawab call.. Softskill and technical skill.

Bagi aku semasa training dulu masih tak cukup input yang dapat diberikan trainer. Dan aku bukan tujukan pada sesiapa tapi GENERAL. Sebab aku pun pernah jadi trainee dan TRAINER. Walaupun hanya sekejap, tapi aku faham.. masa tidak mencukupi dan kita sebagai manusia bukanlah SEMPURNA.

Jadi.aku sangat sangatlah setuju sebenarnya dengan process flow sekarang ni yang mewujudkan MENTOR. Sebab bagi aku, 70% ilmu yang kita dapat dan akan adapt adalah semasa menjawab "real call".  Kerana itu, kenapa tidak membenarkan anak murid anda untuk belajar?? Ada pepatah " Belajarlah kamu sehingga ke tembok China " Sekiranya ilmu itu salah, ye aku setuju..  Tapi jika ilmu itu mampu menyenangkan dan melancarkan kerja mereka, kenapa perlu ditahan? Aku tidak faham ye disini motifnye..

Be professional.. Work is work... Never let personal interfere your working life. Sometimes yes, aku faham kita manusia bukan "MAKSUM", but again please.. Please be professional ok. We not in Primary school neither Secondary school nor college life. We are in our career life, or if you called it working life.. Maybe I'm not as brilliant as you are.. not charming, pleasant or so whatever the good things.. but I'm also a HUMAN. Have feeling like other. Please treat me as one.. Can you?

Penyakit Pelupa...

Sejak akhir-akhir ni, aku semakin menjadi pelupa.. Kawan-kawan? Bagilah tips untuk mengelak perkara ini jadi lebih serius.. Tahap pelupa aku ni sampaikan kalau tengah bercakap dan ada orang menyampuk cerita pasal lain, nanti aku akan lupa apa yang aku cerita. Masanya tak lah lebih dari 2 minit pun. Aduyai.. Help me!!

Cerita pasal pelupa nih.. Ada la satu customer aku semalam, persekitaran dia bising.. mungkin di tepi jalan gamaknya.. Jadi, bila dia beritahu nombor telefon dia yang bermasalah tuh aku kenala ulang banyak kali. Nak kan kepastian. 

Pakcik : Pakcik nak lapor ni, telefon rumah pakcik rosak.
Aku : Berapa nombornye En?
Pakcik : 09678.....
Aku : Berapa En?
Pakcik : 0967854..
Aku : En, minta maaf.. Saya tak berapa dengar lah.. Saya ulang ye, 096785432.. betul?
Pakcik : Aaa... kejap, saya pulak lupa berapa nombor rumah saya..

Heeeeeeeehhhhhhhhheeeeeeeeeeeeeeehhhhhhhhhhhhheeeeeeeeeeeeeeeehhhhhhhhhheeeeeeeeeee..........

NEKAD

Aku tau aku bakal hadapi risiko dengan apa yang aku pilih ini nanti. Tapi aku NEKAD akan teruskan hidup dengan perubahan baru ini. Di tempat kerja dan juga di alam percintaan..

Walaupun bila aku memilih untuk menjadi mentor, gaji aku akan berkurangan.. Sekurang-kurangnya aku akan lebih ikhlas bekerja & mendapat berkat ke atasnya.. Dan dari segi percintaan pula, biarpun perhubungan kini masih belum matang lagi berbanding yang dulu, namun aku ada keyakinan dan ketetapan di situ. Cuba untuk saling melengkapi biarpun dulu ku rasa ku sudah jumpa yang sempurna.. Langit tak selalu cerah.. Takdir tiada siapa yang mampu menduga.

Maafkan aku pada sesiapa yang aku akan dan telah lukai perasaannya.. Kepada si dia.. mungkin itu perjumpaan terakhir.. tak dapat aku meneruskan persahabatan demi menjaga hati yang kini. Cuma harapanku agar kau bertemu yang lebih melengkapi dirimu seadanya... Aminnn...