NEKAD

Aku tau aku bakal hadapi risiko dengan apa yang aku pilih ini nanti. Tapi aku NEKAD akan teruskan hidup dengan perubahan baru ini. Di tempat kerja dan juga di alam percintaan..

Walaupun bila aku memilih untuk menjadi mentor, gaji aku akan berkurangan.. Sekurang-kurangnya aku akan lebih ikhlas bekerja & mendapat berkat ke atasnya.. Dan dari segi percintaan pula, biarpun perhubungan kini masih belum matang lagi berbanding yang dulu, namun aku ada keyakinan dan ketetapan di situ. Cuba untuk saling melengkapi biarpun dulu ku rasa ku sudah jumpa yang sempurna.. Langit tak selalu cerah.. Takdir tiada siapa yang mampu menduga.

Maafkan aku pada sesiapa yang aku akan dan telah lukai perasaannya.. Kepada si dia.. mungkin itu perjumpaan terakhir.. tak dapat aku meneruskan persahabatan demi menjaga hati yang kini. Cuma harapanku agar kau bertemu yang lebih melengkapi dirimu seadanya... Aminnn...  

No comments: