PUTUS = MATI

Ada seorang budak yang aku jaga tadi.. call sampai 2 JAM LEBIH ok.. Aku tak tahu 'troubleshooting' apa yang dia buat dengan customer sampai lama macam tu sekali. Nasib baik ending dia tak salah aku customer dapat connection akhirnya... Syabas bette..

Ada satu part yang aku tak boleh blah tu, dimana dia terangkan pada customer macam mana nak buat direct connection (konon-konon ingat dapat lepaskan diri la tu). Pada sesiapa yang tak tahu apa itu direct connection, saya dengan murah hati dan rendah diri ingin menjelaskan disini ye.. :)

Direct connection pada istilah Streamyx troubleshooting adalah sambungan terus dari wall socket atau talian utama telefon yang masuk ke rumah TERUS kepada modem tanpa menggunakan splitter ( kotak kecil yang membahagikan antara talian telefon dan juga talian internet). Sambungan itu perlulah dilakukan dengan meggunakan wayar telefon atau nama canggihnya RJ11 ye anak-anak.. :D

Nak dijadikan cerita lebih menarik, customer call menggunakan talian tetap TM a.k.a telefon rumah. Maka sekiranya customer itu membuat direct connection semasa panggilan itu sedang berlangsung, akan terputuslah panggilan tersebut..

Dialog :
" Cik, kalau cik buat sekarang.. nanti panggilan ni akan terputus"
"Apa?"
" Tak, kalau cik buat sekarang direct connection tu, panggilan ni akan putus"
" Putus?"
" Ye putus.. hmmm.. panggilan ni akan disconnect.."
"????"
" ....... panggilan ni akan MATI " sambil membuat gaya tali terputus.. (wakakaka :D)
"??????????"
" ......" sambil mengaru kepala..

Ahahaha.. pastu aku tak dengar sangat sebab aku agak sibuk.. Tapi yang pasti, kemudiannya dia bertanya pada aku dan alangkah terkejutnya aku kerana dia masih bersama customer tadi... Abeslah kau dik, kpi memang ke laut la bulan ni..

Nanti aku akan cuba dengar kembali call itu dan membuat komen.. ekekeke... Dan aku bakal merisik situasi baru di Critical department untuk di post di blog sini.. seronok kadang-kadang dengan ragam customer dan CSR ni.. Ok kawan-kawan.. jumpa di lain post ye.. Papai.. :)




No comments: