STAFF..

Bila disebut S.T.A.F.. Apakah yang terbayang di fikiran anda?? Adakah individu yang bergelar S.T.A.F ini mendapat hak yang amat istimewa?? Sehingga boleh memperlekehkan undang-undang dan prosedur yang telah termaktub?

Aku telah menerima satu kes dimana STAF ini tidak mahu memberi kerjasama dan memahami prosedur yang beliau sendiri sudah akur dengannya... 

Apakah yang dimaksudkan dengan STREAMYX? Apakah yang dimaksudkan dangan CALL CENTRE?  Dan apakah pula perkhidmatan yang ditawarkan? Dan apakah kaitan semua ini dengan TM dan CEO TM?

Mesti anda pening kan? Tanpa mengetahui punca masalah ini.. Biar saya jelaskan.. 

Ada satu situasi dimana STAF TM telah menghubungi 100 dan meminta masalahnya diselesaikan secepat mungkin. Beliau sendiri sedar bahawa STREAMYX telah berjaya dihubungkan ke rumahnya dan mendapat sambungan yang baik sekiranya menggunakan wayar kabel rangkaian (network cable). Cuma kini yang menjadi masalah adalah ALAT TANPA WAYAR (wireless device) beliau (yang sangat jelas bukan kepunyaan TM) tidak dapat berfungsi KERANA KATANYA tetapan ( configuration) untuk alat itu telah terjejas akibat kecuaian sendiri. 

Beliau sendiri telah menjelaskan dengan terperinci masalah itu dan secara logiknya menngikut akal fikiran manusia yang waras, adakah itu menjadi tanggungjawab TM untuk memperbaiki nya?? 

Kata beliau ini kerana semasa awal pemasangan dulu, juruteknik (technician) itu telah menolongnya membuat tetapan itu. Dan beliau mengaitkan pula sekiranya CEO TM meminta seperti apa yang dipintanya, sesungguhnya agen atau CSR Call Centre ini akan melakukannya tanpa ragu-ragu dan alasan. 

Budaya orang kita. Masih ada jurang antara pekerja tetap dan juga kontrak mahupun "Leasing Staff". Masih ada perbedaan antara pangkat dan juga darjat. Inikah semangat Satu Malaysia?? Malas nak komen panjang-panjang, nanti kena BANNED lak aku ni.. 

Sekadar mahu berkongsi pengalaman pahit manis bekerja di Call Centre & juga menyuarakan pandangan... Tiada niat untuk mengaibkan sesiapa mahupun memecahbelahkan apa-apa.. Saya sokong Satu Malaysia.. Bukan saja lekat sticker di cermin kereta ok tapi dihati juga.. XD

No comments: