Showing posts with label budi bahasa. Show all posts
Showing posts with label budi bahasa. Show all posts

Are you stupid officer?

Permulaan call dah dipanggil bodoh.. Itulah cabaran bekerja sebagai Technical Service Executive. Lebih-lebih lagi pada mereka yang seangkatan dengan aku..di Advanced Tactical Team (ATT) atau dulunya lebih dikenali dengan nama CRITICAL TEAM. (department untuk irate customer)

Teringat masa training dulu.. kata-kata Trainer aku, "nanti bila you all dah hit floor (jawab real call), baru la korang akan nampak betapa tiada budi bahasanya rakyat Malaysia"

Aku tidaklah menuding jari pada customer semata-mata, ada jugak kes yang berpunca dari CSR/TSE macam kitorang ni.. Tapi boleh dikira dengan jari...nak dibandingkan dengan jumlah customer yang begitu "SOPAN" bahasanya... Hmmm... 

Aku tertanya-tanya.. Kenapa perlu menjerit? Kenapa perlu mencarut dan memaki hamun? Adakah dengan cara sedemikian akan menyelesaikan masalah?? Tiada satu hari pun dimana halwa pendengaran aku ni tidak dicemari kata-kata nista ataupun herdikan dari pelanggan semenjak aku ditugaskan di ATT Team ini.

"Malaysia memang tak boleh".. Iye, memang tak akan boleh sekiranya ada lagi orang-orang yang beranggapan seperti itu. Meminta pertolongan dengan cara mengugut dan memaki hamun. Egonya orang seperti ini..

 Ucapan "terima kasih" dah begitu jarang untuk aku dengari.. Adakah terlalu payah untuk ucapan itu diungkapkan?? Adakah sekiranya anda membayar untuk perkhidmatan itu, jadi anda tidak perlu berterima kasih di atas perkhidmatannya? Duit telah membeli segalanya??!